Anda Nak Jual Hartanah Anda?
Tapi tidak pasti untuk menjual rumah? Dah cuba tapi tidak Berjaya?
Dengan pengalaman saya dalam bidang ejen hartanah selama 6 tahun lebih, Saya bersedia untuk membantu dalam menguruskan penjualan rumah anda sekiranya anda mempunyai masalah berikut.
- Tidak pasti proses jual beli hartanah
- Tiada ‘contact’ banker dan peguam hartanah untuk uruskan
- Segan atau tidak tahu cara untuk kirakan kelayakan pembiayaan pembeli
- Tidak tahu untuk mengiklankan dan mencari pembeli yang sesuai untuk hartanah anda
Siapa Saya?
Nama di beri Tengku Zairi Ezwa, mempunyai Bachelor in Electrical Engineering (Hons) di UiTM Shah Alam dan pernah berkerja sebagai Product Engineer di Freescale Semiconductor selama 6 tahun.
Kini menceburi dalam bidang hartanah dan mempunyai pengalaman selama 6 tahun lebih. Pada mulanya saya bermula dengan ejen hartanah biasa dan setahun kemudian menjadi leader dengan beberapa orang sahaja di bawah bimbingan saya.
Maxxan Realty Sdn Bhd merupakan agensi ketiga saya sepanjang dalam karier ejen hartanah. Alhamdulillah di agensi terbaru saya, saya berjaya melahirkan 200 orang lebih ejen hartanah yang terdiri daripada Leader, Senior yang berpengalaman lebih dari 3-4 tahun dan ejen-ejen hartanah baru yang terlatih untuk pengurusan jual beli & sewa hartanah.
Buat masa ini, saya mempunyai team dari seluruh kawasan Selangor/KL, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru dan Penang. Sekiranya anda mempunyai hartanah di kawasan ini, boleh hubungi saya.
Bagaimana saya & pasukan saya boleh membantu anda?
Agensi Hartanah Berdaftar
Maxxan Realty Sdn Bhd merupakan agensi hartanah berdaftar di bawah Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Kami mempunyai cawangan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Melaka, Penang, Perak, Pahang dan Sabah.
Proses Jual Beli Hartanah
Setiap Urusan Jual Beli & Sewa Hartanah akan di uruskan oleh kami yang mempunyai pengetahuan dalam proses Jual Beli & Sewa sehingga serahan kunci. Segala proses dan kos-kos yang terlibat akan dijelaskan dengan terperinci sebelum menggunakan khidmat kami.
Khidmat Nasihat
Kami akan beri khidmat nasihat / konsultasi berkenaan urusan jual beli atau sewa hartanah seperti memberi pendapat untuk membeli/menyewa rumah di kawasan yang selaras dengan pembiayaan perumahan anda dan untuk harga jualan yang selaras dengan permintaan semasa.
Team Perunding Hartanah
Mempunyai team seramai 200 orang lebih dan juga rangkaian ejen hartanah dari dalam agensi dan juga luar agensi yang akan turut membantu menjualkan hartanah anda.
Medium Pengiklanan
Secara online dan offline. Kami mempunyai medium online seperti PropertyGuru, iProperty, EdgeProperty, Mudah.my dan lain-lain medium sosial yang ada. Selain itu, kami akan memastikan gambar hartanah anda yang menarik tanpa penambahan kos untuk khidmat ini.
Banker, Lawyer & Valuer
Mempunyai rangkaian Banker (setiap bank yang ada) untuk menguruskan pembiayaan hartanah dan juga Lawyer untuk tukar hak milik nama dan segala urusan yang berkaitan.
Anda Berminat?
Klik butang di bawah sekiranya anda ingin melantik saya untuk menguruskan proses jual beli hartanah anda di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kuantan dan Ipoh.