Setiap kali kita hendak membeli rumah, terutamanya yang hendak membeli rumah pertama. Mesti anda tertanya-tanya berapakah kos yang diperlukan untuk membeli rumah. Untuk rumah subsale dan rumah yang masih dalam pembangunan, kos yang diperlukan di antara dua-dua ni ada perbezaannya.
Pertama sekali butir-butir yang anda perlu tahu untuk pembelian rumah subsale, 10% dari harga rumah perlu di sediakan. Akan tetapi, apa-apa pun inshaAllah ada budi bicara dari tuan rumah untuk pengaturan pembayaran deposit 10% itu. Selain itu, fi guaman perjanjian jual beli dan pinjaman juga harus disediakan.
Dan selalunya bahagian yang selalu pembeli tertinggal adalah fi penilaian rumah. Selepas pinjaman perumahan sudah diluluskan, Bank akan melantik syarikat penilaian untuk buat laporan penilaian bagi permohonan credit facility. Semua kos penilaian akan ditanggung oleh pembeli.

Di sini, saya kongsikan contoh kiraan untuk kos-kos yang diperlukan
Sekiranya pembeli ingin membeli rumah berharga RM600,000. Apa yang perlu pembeli sediakan adalah seperti berikut.
Booking Rumah,
3.18% dari Harga Rumah = 3.18% x RM600,000 = RM19,080
Perlu sediakan semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli,
6.82% dari Harga Rumah = 6.82% x RM600,000 = RM40,920 Dengan itu, Jumlah (10% Deposit) = RM60,000
Jadual
| Formula | Kadar |
| RM 500,000 yang pertama | 1.00% |
| RM 500,000 yang seterusnya | 0.80% |
| RM 2,000,000 yang seterusnya | 0.70% |
| RM 2,000,000 yang seterusnya | 0.60% |
| RM 2,500,000 yang seterusnya | 0.50% |
| melebihi RM 7,500,00 | Tidak melebihi 0.50% |
Fi Guaman (Perjanjian Jual Beli)
RM500,000 yang pertama = RM500,000 x 1% = RM5,000
RM100,000 yang seterusnya = RM100,000 x 0.8% = RM800
Jumlah = RM5,000 + RM800 = RM5,800
Fi Guaman (Perjanjian Pinjaman Perumahan)
RM500,000 yang pertama = RM500,000 x 1% = RM5,000
RM40,000 yang seterusnya = RM40,000 x 0.8% = RM320
Jumlah = RM5,000 + RM320 = RM5,320
Duti Setem (Jual Beli)
| Formula | Kadar |
| RM100,000 yang pertama | 1% |
| RM400,000 yang seterusnya | 2% |
| Melebihi RM400,000 | 3% |
Fi Duti Setem
RM100,000 yang pertama = RM100,000 x 1% = RM1,000
RM400,000 yang seterusnya = RM400,000 x 2% = RM8,000
RM100,000 yang seterusnya = RM100,000 x 3% = RM3,000
Jumlah yang dikenakan = RM1,000 + RM8,000 + RM3,000 = RM12,000
Duti Setem (Pembiayaan)
| Formula | Kadar |
| Jumlah Pinjaman | 0.5% |
Fi Duti Setem (Pinjaman Perumahan)
Jumlah Pinjaman (RM600,000 x 90%) = RM540,000
Jumlah yang dikenakan = RM540,000 x 0.5% = RM2,700

