fbpx
  • Email : admin@tengkuzairi.com | HP : 012-3612 270

Your search results

Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan

Posted by admin_tze on March 5, 2020
| 0

Setiap kali hendak membuat Pinjaman Perumahan, kita kena pastikan DSR (Debt Services Ratio) kita dalam lingkungan yang telah ditetapkan. 

Dengan kata lain, maksud DSR ini adalah nisbah bayaran hutang bulanan dengan pendapatan bersih kita. Sekiranya hutang lagi tinggi dari pendapatan bersih kita, macam mana Bank nak bagi pinjaman perumahan pada kita kan 🙂

Sama la dengan nak bagi pinjam duit pada kawan kita, sekiranya hutang bulanan dia melebihi dari pendapatan dia yang tidak meyakinkan tu. Nak ke kita bagi pinjam pada dia? Mesti la rasa was-was untuk bagi pinjam kan? Hehe lebih kurang begitulah pemahamannya untuk pinjaman perumahan.

DSR = Komitmen / Pendapatan Bersih

< RM3,000  – 60%
RM3,001 < RM6,000 – 70%
> RM6,001 – 80%

Anda boleh gunakan ini sebagai rujukan untuk kiraan kelayakan pinjaman perumahan sebab setiap bank mempunyai perbezaan cara kiraan. Pendapat saya, jadikan 60% sebagai garis panduan untuk kiraan kelayakan pinjaman perumahan.

Di sini, saya bagi contoh kiraan kelayakan pinjaman perumahan. 

Contoh:
Encik Ahmad hendak membeli rumah yang bernilai RM300,000.00. Dengan itu, bayaran bulanan untuk rumah baru lebih kurang dalam RM1,500.00

Komitmen
Pinjaman Perumahan RM600.00
Pinjaman Kenderaan RM500.00
Pinjaman Peribadi RM200.00
Pinjaman Perumahan Yang Baru RM1,500.00
Jumlah Komitmen: RM2,800.00

Pendapatan
Pendapatan Kasar: RM5,000.00
EPF: RM450.00
SOCSO: RM100.00
Pendapatan Bersih: 4,450.00

DSR    = Komitmen / Pendapatan Bersih
= RM2,800.00 / 4,450.00
= 63%

Dengan itu, Encik Ahmad boleh buat pinjaman perumahan sekiranya CCRIS Report Encik Ahmad bersih dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan Mr.Ahmad tidak layak untuk buat pinjaman.

Akan tetapi, satu lagi faktor yang perlu diambil tahu untuk Pinjaman Perumahan adalah NDI (Net Disposable Income). NDI ni bermaksud baki yang perlu anda ada untuk sara hidup.

Contoh kiraan NDI

NDI    = Pendapatan Bersih – Jumlah Komitmen
= RM4,450.00 – RM2,800.00
= RM1,650.00

Dengan itu, Encik Ahmad InshaAllah lepas untuk buat Pinjaman Perumahan. Sekiranya NDI bawah RM1,500.00 (dalam bandar), Encik Ahmad berkemungkinan besar tidak dapat buat Pinjaman Perumahan. Tetapi jangan terus menyerah kalah, boleh cuba bank lain yang mempunyai  indikator yang lebih rendah dan membolehkan anda lulus dalam Pinjaman Perumahan.

Jika tidak pasti, boleh tanya lebih lanjut kepada mana-mana Mortgage Banker ataupun Perunding Hartanah yang boleh bantu anda dalam hal ini. Di bawah saya kongsikan NDI untuk beberapa Bank swasta yang ada. 

Antara NDI ditetapkan oleh bank ialah;

BankBandarLuar Bandar
MaybankRM 1,500RM 1,000
CIMBRM 1,000RM 500
Hong Leong BankRM 1,000RM 750
Public BankRM 1,000RM 600
Bank RakyatRM 1,600RM 1,000
Bank IslamRM 1,000RM 1,000

Compare Listings