fbpx
  • Email : admin@tengkuzairi.com | HP : 012-3612 270

Your search results

Pengeluaran i-Lestari RM500 sebulan bagi pencarum KWSP

Posted by admin_tze on March 23, 2020
| 0

Seperti yang kita sudah maklum, kini negara kita Malaysia sedang menghadapi krisis COVID-19 yang makin meningkat dari hari ke hari.

Dengan itu, pengumuman terkini oleh Perdana Menteri pada 23 Mac 2020 mengenai pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 2 disebabkan wabak COVID-19 demi untuk mengurangkan beban rakyat.  Permohonan boleh dilakukan mulai 1 April 2020.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehinga 12 juta ahli KWSP, dengan pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Kerajaan memberi kemudahan kepada pencarum KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan dan untuk tempoh selama 12 bulan sahaja.

Pengurangan kadar caruman KWSP sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 menjadikan kadar caruman KWSP menjadi 7%, yang pada asalnya adalah 11%. Dengan manfaat ini, semua pekerja yang mencarum KWSP mempunyai ‘extra money’ untuk membeli barang-barang keperluan harian sepanjang menghadapi wabak COVID-19.

Dinasihatkan sepanjang kita menghadapi krisis COVID-19 ini, marilah kita lakukan pengeluaran i-Lestari secara ‘online’ dengan kemudahan i-Akaun buat yang sudah mendaftar. Bersama-samalah kita mengambil manfaat ini dengan sebaik-baiknya dan merancang kewangan harian kita supaya tidak membebankan diri dan juga keluarga pada masa akan datang. ‘Kerjasama’ adalah salah satu kunci untuk mengatasi ancaman COVID-19, dengan itu, ‘Please Stay At Home’.

Selain daripada pergi ke kaunter KWSP ataupun kiosk, anda boleh mendapatkan kata laluan sementara dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922600. Tetapi buat masa ini, KWSP telah menutup semua pejabat dan kaunter perkhidmatan di seluruh negara, selaras dengan Perintah Kawal Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 bagi membendung penyebaran COVID-19.

Dengan itu, pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020 melalui 3 saluran:

  1. Melalui i-Akaun (buat yang sudah mendaftar)
  2. Melalui E-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (borang akan dimuat naik)
  3. Melalui Pos Berdaftar ke alamat:
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
      Karung Berkunci No.220, Jalan Sultan
      46720 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Walaubagaimanapun, nasihat saya kepada orang ramai untuk menunggu arahan selanjutnya daripada pihak KWSP berkenaan kaedah ini, terutamanya yang masih belum mendaftar i-Akaun. Dengan kaedah ini, kita dapat mengelakkan dari berkumpul ramai di premis KWSP.

Sekiranya anda sudah berjaya hubungi mereka dan selepas verifkasi sudah dibuat, anda akan menerima butiran melalui SMS. Dengan kata laluan sementara yang diterima, aktifkan i-Akaun di laman web KWSP ataupun di ‘Phone App’. Pastikan anda aktifkan dalam masa 30 hari. Jika tidak anda perlu menghubungi semula pihak KWSP untuk mendapatkan kata laluan sementara yang baru.

Melalui ‘Phone App’

Melalui ‘Browser’

Segala soalan lazim (FAQ) tentang pengeluaran i-Lestari boleh dirujuk melalui risalah yang dikeluarkan oleh pihak KWSP di bawah;

muat turun pdf disini – i-Lestari Withdrawal – Basic FAQ

Selain daripada itu, apa kelebihannya i-Akaun?

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
  3. Semakan status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Semakan maklumat penamaan
  5. Kiraan anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini (2 tahun)
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Boleh rujuk risalah yang dikeluarkan oleh KWSP;

muat turun pdf disini – Risalah ePengeluaran

Untuk tujuan pengeluaran perumahan , boleh baca Artikel Cara Menyemak Penyata KWSP

Compare Listings