Sebelum kita mengetahui cara-cara untuk semak penyata KWSP. Tahukah anda yang kita boleh keluarkan duit dari Simpanan Akaun 2 untuk kegunaan tertentu. Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang dari Simpanan Akaun 2 untuk pelbagai kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan, untuk menunaikan haji dan banyak tujuan lain lagi.
Bukan itu sahaja, salah satunya adalah pengeluaran deposit rumah, bayaran bulanan, kurangkan pinjaman perumahan ataupun hendak membina rumah.
Jumlah pengeluaran yang anda boleh keluarkan;
(Harga rumah – margin pembiayaan) + 10% harga rumah.
Sebagai contoh, sekiranya kita hendak membeli rumah berharga RM300,000.
Harga Rumah: RM300,000
Pinjaman Perumahan: 90% (RM270,000)
Margin Pembiayaan Rumah
= Harga Rumah – Pinjaman Perumahan
= RM300,000 – RM270,000
= RM30,000
Jumlah pengeluaran yang dibenarkan
= Margin Pembiayaan Rumah + 10% Harga Rumah
= RM30,000 + RM30,000
= RM60,000
Akan tetapi sekiranya, Simpanan Akaun 2 anda mempunyai RM50,000. Dengan itu, hanya RM50,000 sahajalah yang boleh dikeluarkan walaupun kiraan yang anda boleh keluarkan sebanyak RM60,000. Sebab itu sahaja duit yang anda ada dalam Simpanan Akaun 2 tu, tak boleh la nak keluar lebih-lebih kan 🙂
Senang cerita, antara kiraan jumlah pengeluaran yang dibenarkan dengan jumlah dalam simpanan Akaun 2 anda, mana-mana yang lagi rendah, itulah yang anda akan terima.
Kriteria untuk orang yang hendak memohon bagi tujuan membeli rumah kediaman adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
- Umur Bawah 55 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
- Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU skim sewa-beli yang dibenarkan*** ATAU pembiayaan sendiri
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
Cara-cara untuk semak penyata KWSP
Ada beberapa cara untuk menyemak KWSP sama ada di mana-mana kiosk KWSP yang disediakan ataupun secara Online.
Langkah 1: Daftar i-Akaun
Cara Menyemak Penyata KWSPPendaftaran boleh dilakukan di mana-mana kiosk EPF atau di kaunter KWSP untuk mendapatkan kata laluan sementara. Pengaktifan mestilah dibuat melalui website kwsp.gov.my dalam masa 30 hari.

Di sini saya kongsikan dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran Simpanan Akaun 2 yang membuat secara pinjaman. Sekiranya secara pembiayaan sendiri (by cash), ada dokumen-dokumen tambahan lain pula yang diperlukan.
Begitu juga dengan pembelian untuk rumah kedua, ada dokumen-dokumen lain yang diperlukan juga untuk membuktikan penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama.
Dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP Akaun 2 (secara pinjaman)
- Surat Perjanjian Jual Beli (pastikan tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
- Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan
- Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran*
*Sekiranya hendak buat pengeluaran Bersama seperti suami atau isteri, ibu atau bapa dan lain-lain ikatan


